Catatan

Lintas Semak Sistem Gantungan - Nissan Xtrail T32

Imej
Nissan Xtrail T32 (Kredit: Wikipedia) Nissan Xtrail model T32 adalah kesinambungan generasi-generasi Xtrail T30 dan T31. Ia mula diperkenal di Malaysia pada 2015. Kerana penulis memiliki model ini, ia menjadi model pertama dalam siri lintas semak sistem gantungan. Casis Xtrail T32 memanfaatkan formula yang ringkas dan terbukti dengan sistem gantungan bebas topang MacPherson untuk gandar hadapan dan gantungan bebas multi lengan untuk belakang. Xtrail T32 mempunyai pengendalian yang stabil dan selamat dengan respons stereng yang baik walaupun keselesaan ridenya agak keras dengan pergerakan yang agak ‘sibuk’ di atas permukaan jalan yang beropol-ropol, lebih-lebih lagi untuk penumpang baris kedua dan ketiga. Bunyi dari tayar dan kekasaran jalan juga agak kuat dibanding dengan SUV model lain terutama dari kategori premium. Sistem gantungan hadapan - jenis bebas, MacPherson Gandar hadapan Xtrail, seperti yang dinyatakan, menggunakan topang MacPherson yang memberikannya kelebihan dari segi pe